Monday, October 19, 2015

LAPORAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CHUNG HUA BALINGIAN, 2015

             Pada 13 Oktober 2015 , SJK Chung Hua Balingian telah mengadakan Temasya Sukan Tahunan Sekolah bagi tahun 2015 .Temasya sukan yang sepatutnya bermula pada jam 7.00 pagi, ditangguhkan kerana cuaca yang hujan dan dimulakan pada pukul 8:00 pagi.Temasya tersebut diadakan di Padang Sekolah Kebangsaan Parish yang terletak di asrama SK Parish.
              Pada pagi itu, semua murid beratur mengikut rumah masing-masing untuk urusan kehadiran. Urusan kehadiran murid berjalan dengan sangat lancar. AJK kehadiran telah menjalankan tugas mereka dengan sangat baik. Setelah selesai, kami beratur mengikut rumah sukan masing-masing dan bersedia untuk bergerak ke padang SK Parish. Setibanya di padang SK Parish, kami beratur untuk acara senamrobik. AJK bertugas sangat cemerlang mengendalikan acara senamrobik ini. Selepas itu bermulalah acara sukan. Antara acara yang dipertandingkan termasuklah acara 100m, 2x50m dan 4x100m. Selain itu, acara lontar peluru dan lompat jauh turut dipertandingkan.
Guru Besar dan guru-guru penolong kanan Sekolah  Kebangsaan Parish serta beberapa orang Ahli Jawatankuasa Temasya Sukan dijemput untuk menyampaikan pingat dan hadiah. Mereka juga mengucapkan tahniah kepada para pemenang. Sebelum acara berakhir, Pengacara Majlis mengumumkan keputusan keseluruhan temasya sukan pada hari tersebut. Rumah Biru dinobatkan sebagai Johan, Naib johan pula disandang oleh Rumah Hijau. Rumah Merah mendapat tempat ketiga manakala tempat keempat disandang oleh Kumah Kuning.
Guru Besar mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan sukan tahunan kali ini terutamanya kepada SK Parish, AJK Kejohanan, Ibu bapa serta murid-murid. Guru Besar meminta semua murid, ibu bapa dan guru membersihkan padang. Guru Besar juga mengucapkan tahniah kepada pemenang dan memberikan semangat kepada peserta yang kalah.
Majlis bersurai pada jam 2.00 petang selepas jamuan makan tengah hari yang diadakan di kantin SJK Chung Hua. Diharapkan kejohanan ini dapat memberikan pengalaman berharga buat guru dan murid sekolah. Semoga kejohanan seperti ini akan bertambah baik dari segi pelaksanaannya pada tahun depan dan seterusnya.