Monday, October 19, 2015

LAPORAN
KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH
TAHUN 2015

TARIKH: RABU / 3 APRIL 2013
MASA    : 3.00 - 5.00 PETANG
TEMPAT: SJK CHUNG HUA BALINGIAN DAN KAWASAN BALINGIAN

     Kejohanan merentas desa merupakan salah satu aktiviti tahunan SJK Chung Hua Balingian, yang perlu dilaksanakan mengikut takwim kokurikulum tahunan. Kejohanan ini mendapat sambutan dan sokongan yang menggalakkan dalam kalangan warga sekolah dan ibu bapa. Aktiviti ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SJK Chung Hua Balingian dengan kerjasama Unit Sukan SJK Chung Hua Balingian. Pungutan mata dalam acara ini merupakan penyumbang besar kepada mata semua rumah sukan yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Olahraga Tahunan setiap tahun. Pada tahun ini, acara merentas desa ini hanya melibatkan murid-murid tahun 4, 5 dan 6 sahaja. Seramai 46 orang murid yang mewakili 4 buah rumah sukan iaitu Merah, Hijau, Kuning dan Biru telah mengambil bahagian. 
     Aktiviti bermula seawal jam 3.00 petang. Guru-guru rumah sukan saling membantu menyusun murid-murid mengikut rumah sukan masing-masing dan mengambil kehadiran murid. Pada jam 3.15 petang, para penjaga ‘check point’ mengambil tempat di ‘check point’ masing - masing. Seterusnya, pada jam 3.30 petang, murid-murid membuat aktiviti memanaskan badan dengan dibantu oleh En. James Lau. Selepas itu, En. Muhamad Akmal memberikan taklimat kejohanan dan keselamatan kepada semua peserta yang mengambil bahagian. Murid-murid perlu menghabiskan larian jarak jauh sejauh 3 kilometer mengelilingi kawasan Balingian. 
     Tepat jam 3.40 petang, acara merentas desa bagi kategori perempuan dimulakan. Larian peserta dimulakan oleh Puan Evelyn sebagai pelepas. Pada jam 3.45 petang pula, peserta kategori lelaki pula dilepaskan. Kejohanan pada tahun ini berjalan lancar kerana faktor cuaca yang amat baik. Ibu bapa juga turut hadir memberikan sokongan dan bantuan kepada pihak sekolah.
     Pada jam 4.30 petang, majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang dijalankan. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Guru Besar SJK Chung Hua Balingian, Pn. Evelyn. Hadiah disampaikan kepada 3 pemenang terawal bagi setiap kategori. Para pemenang menerima hadiah berbentuk kalungan pingat.

    Aktiviti bersurai pada jam 5.00 petang. Secara keseluruhan, kejohanan pada kali ini berjalan lancar. Tiada sebarang kemalangan berlaku. Unit Kokurikulum SJK Chung Hua Balingian mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Syabas diucapkan. Diharapkan agar kita dapat merancang dan melakukan sesuatu yang lebih baik pada masa mendatang. Semoga Allah membalas jasa baik kalian.

No comments:

Post a Comment